fbpx

200 juta barang terjual di jualan murah 11.11 Shopee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 200 juta barangan dijual pada jualan murah 11.11 Shopee.

PETALING JAYA- Penyedia platform e-dagang, Shopee mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menjual lebih 200 juta barangan pada jualan murah 11.11 yang diadakan semalam.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, pihaknya rasa bersyukur dengan sokongan padu yang ditunjukkan pelanggan semasa jualan murah 11.11.

“Kejayaan jualan murah itu mencerminkan pertumbuhan e-dagang berterusan di rantau ini selain peluang luas ditawarkan kepada peniaga serta pembeli.

“Acara beli-belah seperti jualan murah 11.11 turut membolehkan kami mencabar batas inovasi, memperkenalkan ciri dan inisiatif baharu bagi merancakkan usaha ke arah pemulihan keadaan ekonomi semasa,” katanya di sini tadi.

Selain itu, penjual yang mengambil bahagian dalam jualan murah itu turut menyaksikan peningkatan pesanan sebanyak 10 kali ganda berbanding hari biasa.

“Lebih 20 juta jam penstriman langsung turut ditonton di Shopee Live manakala permainan dalam aplikasi Shopee dimainkan lebih daripada 2.5 bilion kali,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI