fbpx

19 serbuan Ops Gempur Khas hasil maklumat orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razali (tengah) ketika melakukan serbuan di sebuah premis di Daerah Serdang.

SERDANG – Sebanyak 19 premis yang dijadikan tempat menjalankan kegiatan perjudian dan pelacuran di sekitar daerah Serdang digempur dalam tempoh kurang 24 jam.

Ops Gempur Khas itu dianggotai pegawai dan anggota polis dari bahagian siasatan jenayah, narkotik termasuk semua Ketua Balai di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang bagi memastikan kegiatan haram itu dilumpuhkan sepenuhnya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, kesemua serbuan itu merupakan maklumat daripada orang awam sebelum pihak polis melakukan risikan serta serbuan.

Katanya, seramai 88 individu membabitkan 48 individu yang menjalankan kegiatan perjudian, pelacuran (35) dan judi tanpa lesen (5) diberkas dalam 19 serbuan tersebut.

“Sebanyak 19 serbuan itu membabitkan 12 di Seri Kembangan, Puchong (5) dan Kinrara (2)

“Daripada jumlah tangkapan pula, 40 individu termasuk seorang wanita terdiri daripada rakyat tempatan, manakala 48 lagi individu dari Vietnam, Bangladesh, Thailand dan Indonesia,” katanya ketika ditemui pemberita malam tadi.

Menurutnya, kerjasama daripada orang ramai penting bagi membantu membanteras kegiatan jenayah di daerah tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI