fbpx

My Heli Club ucap takziah, minta jangan buat spekulasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu helikopter yang terhempas.

PETALING JAYA – My Heli Club mengucapkan takziah kepada anggota keluarga dua ahli kelab itu yang terkorban dalam insiden helikopter terhempas Ahad lalu.

Dalam satu kenyataan, Bendahari Kehormat, Datuk Leong Yeng Kit berkata, kehilangan kedua-dua ahli, Mohamed Sabri Baharom dan Mohamed Irfan Fikri Mohamed Rawi merupakan ahli kelab yang dihargai dan kehilangan mereka amat dikesali.

“My Heli Club meminta ahli keluarga mangsa dihormati dan diberikan privasi semasa waktu-waktu sukar ini.

“Kami juga meminta agar spekulasi dan maklumat yang salah berhubung insiden itu tidak disebarkan, kerana ia hanya melewatkan siasatan rasmi daripada mencari jawapan dan kesimpulan mengenai tragedi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya, kelab tersebut akan memberi kerjasama penuh dengan semua pihak yang menyiasat insiden itu.

Kosmo! semalam melaporkan, seramai tujuh saksi dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes nahas dua buah helikopter di Taman Melawati, Ampang pada Ahad.

Mereka yang dipanggil termasuklah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad, Datuk Ahmad Jauhari Yahya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI