fbpx

Tiga individu termasuk dua bergelar Datuk direman bantu kes penipuan SMS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga orang suspek termasuk berpangkat Datuk direman di mahkamah hari ini atas tuduhan disyaki memberi wang rasuah bernilai jutaan ringgit kepada syarikat telekomunikasi di Istana Kehakiman, di sini, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Tiga pengarah syarikat termasuk dua antaranya bergelar Datuk ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes memberi suapan kepada pegawai-pegawai syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan nombor telefon pelanggan bagi tujuan penipuan SMS.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret menetapkan kesemua suspek berusia antara 41 hingga 48 tahun direman selama lima hari bermula hari ini hingga 14 November depan.

Terdahulu, kesemua suspek tiba di Kompleks Istana Kehakiman kira-kira pukul 10.45 pagi diiringi pegawai SPRM.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek berumur di antara 41 hingga 48 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya antara pukul 9 hingga 11 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan.

“Mereka yang ditahan adalah berjawatan pengarah bagi tiga syarikat berlainan.

“Siasatan mendapati, ketiga-tiga suspek disyaki telah membayar wang rasuah kepada pegawai-pegawai syarikat telekomunikasi bagi mendapatkan nombor telefon pelanggan.

“Difahamkan, nombor telefon itu akan digunakan oleh sindiket penipuan ‘content provider’ menerusi SMS dengan mengenakan bayaran langganan tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna,” katanya.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI