DILAHIRKAN dalam sebuah keluarga selebriti membuatkan Ibrahim Ali Khan telah disebut-sebut bakal mengikuti jejak ayahnya yang juga pelakon, Saif Ali Khan terjun ke dunia hiburan.
Bahkan, Saif sendiri dalam satu wawancara bersama SpotbotE memberitahu, dia memang ingin semua anaknya menjadi selebriti.
“Dia (Ibrahim) memang layak untuk menjadi seorang pelakon kerana bakat dan penampilannya.
“Aku akan berasa bahagia jika semua anakku menjadi seorang selebriti kerana itu adalah tempat terbaik untuk bekerja,” kata Saif.
Ujarnya lagi, kerjaya sebagai pelakon telah menyelamatkan dirinya daripada menjadi individu yang masih tiada arah dan hidup ketika berusia sekitar 18 tahun.
Bagaimanapun, pelakon yang juga suami kepada aktres Kareena Kapoor itu menetapkan syarat supaya anaknya menamatkan pelajaran terlebih dahulu sebelum terjun ke bidang lakonan.
“Dia masih muda dan aku meminta supaya dia menghabiskan pengajian sebelum berlakon,” kata Saif.