fbpx

Rumah musnah, pesakit kanser tinggal dalam stor bersama 13 anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chang Swee Fatt menunjukkan stor usang yang menjadi tempatnya berteduh selepas rumahnya musnah dibawa arus deras banjir kilat ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Chedang, dekat sini semalam.

Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Kejadian banjir kilat yang melanda daerah ini minggu lalu memusnahkan sama sekali rumah milik warga emas, Chang Swee Fatt, 61 yang terletak di Kampung Chedang dekat sini.

Rumah bekas pekerja kilang papan itu, musnah dibawa arus deras banjir, sehinggakan dia kini terpaksa tinggal di dalam sebuah stor usang.

Lebih memilukukan, stor tempatnya berteduh itu turut dikongsi bersama 13 ekor anjing peliharaannya.

“Sejak kecil lagi, saya sudah tinggal di sini, ini rumah peninggalan ayah saya ini sahaja yang ada. Namun, selepas banjir saya tiada tempat untuk dituju, jadi saya ambil keputusan untuk tinggal di stor bersama 13 ekor anjing.

“Saya kini tinggal di stor kerana saya tidak mampu untuk membina rumah lain, motor kepunyaan saya juga rosak akibat banjir,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Menurut Swee Fatt, stornya itu juga tidak mempuntai bekalan elektrik di kerana kabel elektrik yang rosak akibat banjir.

“Saya hanya menggunakan lampu suluh sejak lapan hari lalu yang diberikan oleh sukarelawan yang datang melawat. Mujur bekalan air di paip masih boleh digunakan.

“Banyak pihak tampil memberi bantuan, jika ada sumbangan makanan saya berkongsi makan bersama 13 ekor anjing yang dijaga oleh saya ini,” katanya yang juga merupakan pesakit kanser hati.

Sementara itu, Pengerusi Alumni Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Zarina Abu Zarin ketika ditemui berkata, pihaknya sedang mengumpul dana bagi membina sebuah rumah berharga RM10,000 untuk Swee Fatt.

“Kami sudah datang melawat Swee Fatt beberapa kali dan kami agak simpati melihat keadaannya yang tinggal di dalam stor berkenaan. Jadi, kami sedang mengumpul dana untuk membina sebuah rumah yang lebih selesa untuknya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI