fbpx

Quartararo akui sangat kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO terjatuh pada awal perlumbaan di GP Europa sekali gus peluangnya untuk memburu gelaran juara musim ini hampir tertutup. – AFP

VALENCIA – Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo dilihat kecewa dengan keputusan yang diraihnya pada Grand Prix (GP) Europa malam kelmarin hingga menjejaskan peluangnya untuk merangkul gelaran dunia MotoGP musim ini.

Pelumba Perancis tersebut yang memulakan saingan di petak ke-11 berdepan nasib malang apabila terjatuh diawal perlumbaan dan terpaksa berjuang di posisi terakhir sebelum membawa pulang dua mata apabila sekadar berpuas hati menamatkan saingan tempat ke-14.

Lebih mengecewakan, perlumbaan di Valencia menjadi mimpi buruk buat pasukan Yamaha apabila tiada seorang pelumba mereka mampu mempamerkan aksi terbaik untuk menaiki podium.

“Sangat mengecewakan dan saya tidak gembira dengan musim ini. Pelumba yang konsis­ten tahun ini adalah pelumba Suzuki, Joan Mir dan sebab itu dia memimpin kejuaraan ketika ini.

“Saya benar-benar kecewa tetapi secara keseluruhan ia me­rupakan musim yang sukar. Saya rasa kami perlu mencuba perkara baharu minggu depan dan mencari penamat terbaik dalam baki dua perlumbaan musim ini.

“Saya percaya kami masih mempunyai peluang untuk menamatkan saingan lebih baik musim ini,” katanya.

Pelumba Suzuki, Mir hanya memerlukan 14 mata dalam baki dua pusingan perlumbaan musim ini untuk mengesahkan gelaran dunia MotoGP 2020 selepas melakar kemenangan buat kali pertama musim ini malam kelmarin.

Mir kini telah mengumpul 162 mata keseluruhan dan memiliki kelebihan 37 mata dengan Quartararo dan Alex Rins. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI