fbpx

Punca Alia Bhatt selalu menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIA BHATT

AKTRES cantik Bollywood, Alia Bhatt tidak hanya memiliki pesona wajah yang jelita, bahkan pelakon berusia 27 tahun itu juga telah disenaraikan dalam 30 Under Forbes Asia sebagai selebriti India paling berpengaruh versi Forbes pada 2017.

Pelakon yang pernah membintangi filem Welcome To New York itu juga sangat popular dalam Instagram apabila mempunyai hampir 50 juta pengikut.

Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa wanita yang lahir pada 15 Mac 1993 itu pernah berdepan masalah keresahan melampau atau anxiety selama enam bulan

Memetik laporan Times Of India, walaupun pelakon itu tidak mempunyai masalah, dia sering merasa sedih.

“Kadang-kadang aku terasa seperti hendak menangis walaupun tanpa sebab.

“Aku tidak tertekan cuma perasaan sedih itu datang dengan sendirinya,” ujar Alia yang sempat mengingatkan peminatnya supaya tidak bimbang kerana dia masih sihat dan tidak akan melakukan tindakan bodoh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI