fbpx

Polis Johor terima 4,898 permohonan rentas daerah, negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seramai 4,898 permohonan rentas daerah dan negeri telah diterima polis negeri ini sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula sejak Isnin lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, terdapat 4,822 permohonan telah diluluskan dan ia berkaitan alasan munasabah yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara seperti kecemasan dan rawatan.

Katanya lagi, hanya 76 permohonan ditolak kerana mempunyai alasan diberikan tidak mempunyai asas kukuh seperti mana ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Sejak sekatan jalan raya (SJR) mula operasi pada kelmarin, terdapat 68 kenderaan telah diarahkan berpatah balik kerana tidak mempunyai permit pergerakan merentas daerah atau negeri.

“Kita akan serta-merta mengarahkan mereka berpatah balik dan jika enggan kompaun akan dikenakan berdasarkan peraturan di bawah PKPB,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan SJR di Plaza Tol Skudai di sini hari ini.

Menurut Ayob Khan, pihaknya sehingga kini masih tidak menerima laporan orang ramai beratur dan bersesak di balai polis untuk memohon rentas daerah atau negeri.

Katanya, pihaknya akan memudahkan urusan permohonan tersebut sekiranya orang ramai berbuat demikian mempunyai alasan yang kukuh.

“Saya dah arahkan Ketua Polis Daerah dan Ketua Balai untuk mempermudahkan urusan permohonan rentas,” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI