fbpx

Pelaksanaan PKPB berdasarkan laporan KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tujuh negeri di Semenanjung bermula semalam dibuat berikutan terdapat keperluan menggunakan pendekatan lebih tegas sebelum keadaan wabak Covid-19 semakin buruk.

Keputusan itu juga berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung kes harian Covid-19 yang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,755 kes pada 6 November lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, KKM segera melaksanakan penilaian risiko dan mendapati terdapat peningkatan ketara bilangan kes positif Covid-19 dan kadar kebolehjangkitan di negeri terbabit.

“Atas sebab ini, kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan PKPB selama empat minggu dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi lokaliti dikenal pasti mempunyai kadar penularan tinggi dan bersasar bagi mengekang penularan wabak ini.

“Malah, prosedur operasi standard (SOP) diwujudkan bagi mengatasi penularan di kawasan PKPB akan diperketatkan terutamanya bagi aktiviti sosial,” katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya ia termasuk di kawasan terkawal seperti penjara, lokap atau Pusat Tahanan Sementara.

Beliau menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang mahu kerajaan menyatakan rasional pelaksanaan PKPB di tujuh negeri bermula semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI