fbpx

Pekerja sektor awam dan swasta dibenarkan bekerja dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Pekerja sektor awam dan sektor industri di negeri-negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan dibenarkan bekerja dari rumah.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan tersebut akan dilaksanakan selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan surat pekeliling berkaitan hal itu kepada semua negeri yang terlibat.

Katanya, bagi sektor industri, maklumat lanjut akan diumumkan oleh pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam masa yang terdekat.

“Seperti pekeliling yang telah diedarkan sebelum ini, bagi sektor awam, jumlah kehadiran adalah maksimum 30 peratus yang akan ditentukan oleh ketua jabatan masing-masing.

“Arahan ‘work from home’ atau bekerja dari rumah ini tidak melibatkan sektor-sektor tidak formal seperti peruncitan, restoran, perladangan, pertanian, perikanan dan lain-lain,”katanya pada sidang akhbar hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI