fbpx

Menu makanan Barat di Putra Brasmana Hotel di Kuala Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Putra Brasmana Hotel di Kuala Perlis menawarkan pelbagai menu makanan Barat berkonsepkan makan di luar di pekarangan Samudera Coffee House di hotel tersebut sejak awal bulan ini.

Eksekutif Pemasarannya, ­Syamil Abd. Rahman berkata, variasi menu makanan Barat itu adalah antara pilihan hidangan yang ditawarkan kepada pengunjung hotel yang datang berkunjung ke daerah tersebut.

“Kuala Perlis sememangnya menjadi tumpuan pelancong yang gemarkan makanan laut tetapi kami ingin membawa satu kelainan kepada mereka untuk menikmati menu berbeza iaitu makanan Barat di hotel,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Syamil menjelaskan, antara menu yang ditawarkan adalah chicken parmigiana, sizzling chicken chop, sizzling lamb chop, salmon fettuccine, angle aglio dan sandwich.

“Hidangan lazat ini ditawarkan pada harga berpatutan iaitu serendah RM18, ” ujarnya.

Syamil memberitahu, pelanggan juga akan disajikan dengan persembahan live band ketika menjamu selera.

“Suasana hotel yang santai dengan hembusan angin dari laut terletak berhampiran juga sangat bersesuaian bagi mereka yang mahu bersantai sambil menikmati hidangan lazat,” tambah beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI