fbpx

Lebih 50 juta kes Covid-19 di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PARIS – Lebih 50 juta orang di seluruh dunia dijangkiti koronavirus, menurut perangkaan yang dikumpul agensi berita AFP setakat petang kelmarin.

Data menunjukkan jumlah kes positif Covid-19 ialah 50,010,400 kes dan 1,251,980 kematian direkodkan sejak pandemik menular di seluruh dunia dari China bermula Disember 2019.

Eropah mencatat 12.6 juta kes positif dan lebih 305,700 kematian serta masih menjadi pusat pandemik dunia.

Minggu lalu, lebih 3.9 juta kes baharu dilaporkan dan lebih separuhnya (2.1 juta) adalah dari 52 negara di benua Eropah.

Sepanjang tujuh hari lalu, negara Eropah yang mencatat kes jangkitan tertinggi ialah Perancis dengan 381,000 kes baharu, Itali (223,000 kes), United Kingdom (160,000 kes), Poland (159,000 kes) dan Sepanyol (143,000 kes).

Benua Amerika Latin dan Kepulauan Caribbean adalah kedua tertinggi dengan rekod 11.6 juta kes dan 411,700 kematian.

Di Asia, terdapat 11 juta kes terkumpul dan hampir 177,000 kematian akibat Covid-19.

Benua ketiga tertinggi ialah Amerika Syarikat (AS) dan Kanada bersama 10.1 juta kes dan 247,000 kematian.

AS pula kembali mencatat kenaikan kes harian baharu melepasi paras 100,000 kes selama beberapa hari lalu.

AS kini menghampiri jumlah jangkitan Covid-19 sebanyak 10 juta kes terkumpul dengan lebih 237,000 kematian atau satu perlima kes jangkitan yang dikesan di dunia.

Sepanjang tempoh satu ming­gu, AS menyaksikan kenaikan kes jangkitan Covid-19 pada kadar 36 peratus iaitu 738,000 kes berbanding 542,000 kes bagi tempoh sama sebelum ini.

Asia Barat pula mencatat 2.7 juta kes dan 64,500 kematian diikuti Afrika dengan 1.9 juta kes positif terkumpul serta 44,800 kematian. Terdapat 30,000 kes Covid-19 dan 941 maut akibat wabak itu di Oceania.

Pada 19 Oktober lalu, AFP melaporkan kes jangkitan Covid-19 dunia mencecah 40 juta.

Data itu diperoleh AFP daripada pihak berkuasa negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI