fbpx

Lebih 1.1 juta pengguna akaun berdepan gangguan bekalan air lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Lebih 1.1 juta pengguna akaun melibatkan 1,279 kawasan bakal mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual yang dijangka bermula petang ini susulan penutupan empat Loji Rawatan Air (LRA).

Kawasan tersebut merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Pengurusan Air Selangor Berhad (Air Selangor) dalam kenyataan sebentar tadi memaklumkan bekalan air akan ditutup bermula pukul 6 petang ini.

Menurutnya, pencemaran di muka sauk LRA Rantau Panjang dikesan pada tahap 8 ton manakala LRA Sungai Selangor bagi Fasa 1,2 dan 3 adalah 4 ton setakat pukul 2.30 petang tadi.

“Usaha untuk mencairkan bahan pelarut dan ‘flushing’ bahan pencemaran yang terdapat di dalam Sungai Selangor telah dilakukan dengan melepaskan air dari  Empangan Sungai Selangor sebanyak 300 juta liter sehari dan empangsan Sungai Tinggi sebanyak 500 juta liter sehari.

“Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pula telah melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 192 juta liter sehari untuk tujuan yang sama,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan empat buah LRA dihenti tugas berikutan pencemaran bau bahan pelarut yang dikesan di Sungai Selangor hari ini.

LRA itu adalah Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan LRA Rantau Panjang yang dihenti tugas pukul 12.20 hingga 12.45 tengah hari tadi.

Ini merupakan kejadian ketiga berturut-turut berlaku dalam tempoh tiga bulan bermula September lalu yang mengakibatkan henti tugas di LRA sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI