fbpx

Isteri mangsa tanah runtuh buat pengecaman mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa runtuhan The Banjaran Hotsprings Retreat dibawa ke Unit Forensik HRPB untuk proses bedah siasat.

IPOH – Isteri mangsa runtuhan tanah di The Banjaran Hotsprings Retreat di Tambun di sini hari ini membuat pengecaman mayat suaminya di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, wanita itu tiba dari Kuala Lumpur petang tadi bagi mengenal pasti mayat Ooi Chee Wei, 39.

Katanya, seorang lagi mangsa, Lee Tze Juin, 32, yang juga dari Kuala Lumpur bagaimanapun belum dibuat pengecaman oleh warisnya.

“Bedah siasat ke atas mangsa akan dijalankan esok. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Artikel berkaitan : Dua mayat mangsa runtuhan tanah ditemui bertindih

Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan runtuhan tanah di sebuah vila di resort berkenaan dan mengakibatkan dua mangsa terperangkap dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi.

Mayat kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan bertindih oleh pasukan mencari dan menyelamat di bahagian jakuzi dalam bilik tersebut selepas operasi dijalankan hampir 10 jam. -K! ONLINEpengen

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI