fbpx

Dua individu dikhuatiri tertimbus tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba sedang giat menjalankan operasi mencari dua mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sebuah resort pelancongan di Tambun, Ipoh awal pagi ini.

IPOH – Dua individu dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sebuah resort pelancongan di Tambun pada pukul 1.28 pagi tadi.

Mangsa yang terperangkap merupakan lelaki berusia 39 tahun dan wanita dipercayai pasangannya berusia 32 tahun.

Difahamkan, tanah runtuh itu menimpa villa didiami mangsa dan menyebabkan kedua-dua mereka terperangkap.

Setakat ini, operasi menyelamat mangsa sedang dijalankan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

Jurucakap JBPM Perak berkata, pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) dihantar ke lokasi kejadian untuk mengesan kedudukan sebenar mangsa.

“Usaha mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI