fbpx

Dirempuh lepas langgar lampu isyarat merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Kuala Lumpur menghala ke Seremban semalam.

KAJANG – Seorang lelaki cedera selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang melanggar lampu isyarat merah dalam satu kemalangan di Kilometer 20 Jalan Kuala Lumpur menghala ke Seremban semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.35 petang sewaktu mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 15Zr sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

“Hasil maklumat dan siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada sebuah kereta jenis Proton Gen2 yang melanggar lampu isyarat untuk membelok ke kanan mengakibatkan mangsa yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak dan melanggar sisi kiri kereta.

“Pihak polis telah pergi ke hospital untuk melawat mangsa dan mendapati penunggang motosikal berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian hidung serta mulut namun berada dalam keadaan sedar dan stabil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Mohd. Zaid, kedua-dua pihak terlibat masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian namun kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI