fbpx

Dasar Pengesyoran MYFutureJobs berkuat kuasa 1 Januari 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan (duduk, kanan).

PUTRAJAYA – Tempoh pelaksanaan Dasar Pengesyoran MYFutureJobs untuk Permohonan Pekerja Asing dan Pegawai Dagang dilanjutkan dan hanya akan berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Dasar ini yang sepatutnya berkuat kuasa 1 November adalah susulan kepada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Jun lalu untuk memberi keutamaan kepada pekerja tempatan mengisi kekosongan jawatan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, pihaknya memahami kebimbangan majikan mengenai keperluan untuk mengiklankan jawatan kosong melalui Portal MYFutureJobs dan mengadakan temuduga sebagai prasyarat permohonan penggajian pekerja asing dan pegawai dagang.

Beliau berkata, sejak pengumuman dibuat, Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerima pelbagai maklum balas daripada majikan berkaitan syarat-syarat khususnya permintaan untuk pengecualian syarat pengiklanan dan temuduga bagi Pegawai Dagang Kategori EP1 termasuk jawatan-jawatan utama dan pembaharuan kontrak.

“Atas keprihatinan terhadap keperluan pihak majikan dan industri, KSM akan memberi tempoh lanjutan untuk pelaksanaan dasar ini di mana ianya hanya akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021,” katanya satu dalam kenyataan hari ini.

Saravanan berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan kementerian berkaitan untuk membincangkan syarat-syarat yang menetapkan kelulusan automatik dan mekanisme pelaksanaan berkesan.

Beliau berkata, garis panduan yang dihasilkan daripada sesi libat urus dengan kementerian berkaitan itu akan dibentangkan untuk maklum balas daripada dewan-dewan perniagaan dan pihak industri sebelum ianya dilaksanakan.

“KSM peka dengan permintaan dewan-dewan perniagaan serta pihak industri untuk mempertimbangkan kelulusan secara automatik dalam penggajian pegawai dagang tanpa perlu mengiklankan jawatan kosong dan hanya mengemukakan maklumat pasaran buruh yang diperlukan.

“Dasar yang diperkenalkan KSM ini amat penting dalam mengutamakan bakat tempatan dan ia merupakan faktor utama yang akan menyumbang kepada transformasi pasaran buruh negara,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI