fbpx

Covid-19 tidak jejas prestasi Andre

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANDRE yakin boleh memburu pingat emas pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam hujung tahun depan berdasarkan prestasinya sekarang.

PEMEGANG rekod lompat jauh kebangsaan, Andre Anura Anuar optimis mampu menggapai pingat emas pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam hujung tahun depan berdasarkan prestasi semasa dipamerkannya ketika ini.

Walaupun sembilan bulan tanpa pertandingan, namun Andre, 21, masih berjaya mengekalkan momentum dengan melakukan lompatan sejauh 7.93 meter (m) sewaktu sesi ujian masa dan jarak kebangsaan di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Jarak itu sudah tidak jauh dengan catatan peribadi Andre yang juga rekod kebangsaan, 8.02m dilakukannya ketika meraih pingat perak pada Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.

“Saya gembira kerana dapat mengekalkan momentum untuk mencapai jarak yang sudah tidak jauh dengan catatan peribadi. Ini sememangnya satu petanda positif selepas lama tidak menyertai kejohanan kerana Covid-19.

“Sebenarnya saya tidak jangka dapat cecah jarak 7.9m apabila menggunakan larian 14 langkah. Kebiasaannya jarak larian saya lebih panjang iaitu 17 langkah.

“Kalau ada rezeki, saya mungkin boleh mencabar (pingat emas) pada Sukan SEA nanti. Saya akan berusaha sedaya upaya dan cuba yang terbaik, cuma saya mengharapkan ada beberapa kejohanan dapat dianjurkan sebelum berakhirnya tahun ini,” katanya.

Pada Sukan SEA Manila 2019, Andre tewas dengan jarak 0.01m kepada jaguh Indonesia yang merupakan pemenang pingat perak Sukan Asia 2018, Sapwaturrahman sekali gus muncul rekod baharu Sukan SEA iaitu 8.03m.

Jika segalanya mengikut pe­rancangan, Andre yang berasal dari Tenom, Sabah berpeluang melakukan lompatan mencecah jarak 8m pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang dijangka berlangsung awal bulan depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI