fbpx

13 individu dikompoun langgar SOP PKPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
10 individu dikompaun ketika sedang bermain futsal di gelanggang kawasan perumahan LDA, Kampung Sungai Bedaun, Labuan. - FOTO Ihsan IPD Labuan

LABUAN – Seramai 13 individu berusia lingkungan 17 sehingga 32 tahun  dikenakan tindakan kompaun dalam dua pemeriksaan berasingan yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan semalam.

Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Muhammad Farid Ahmad berkata, kes pertama melibatkan pengeluaran kompaun ke atas tiga lelaki ketika pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Tun Mustapha.

Muhammad Farid berkata, ketiga-tiga individu berkenaan didapati berada dalam sebuah kenderaan persendirian yang sama dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu.

“Selain itu, kes kedua melibatkan kompaun terhadap 10 lelaki.

“Semua individu berkenaan dikompaun ketika sedang bermain futsal di gelanggang kawasan perumahan LDA, Kampung Sungai Bedaun kira-kira pukul 8 malam semalam,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Farid menyatakan tiga individu awal dikompaun didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu menaiki kenderaan melebihi dua orang yang dibenarkan manakala aktiviti sukan yang dibenarkan pula hanya boleh membabitkan individu saja.

Sementara itu, beliau menasihatkan masyarakat Labuan agar sentiasa mematuhi SOP PKPB yang ditetapkan dalam usaha membendung penularan pandemik Covid-19.

“Kegagalan mematuhi SOP yang ditetapkan akan menyebabkan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang terbabit,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI