fbpx

Tiga maut ditembak di kem tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekeping gambar yang diedarkan sebuah agensi berita menunjukkan pasukan tentera Rusia berkawad di Red Square ketika acara perbarisan ketenteraan di Moscow, Rusia 24 Jun lalu. - GAMBAR HIASAN/AFP PHOTO/HOST PHOTO AGENCY/RAMIL SITDIKOV

MOSCOW – Seorang anggota tentera bertindak membunuh tiga rakannya dalam satu kejadian di kem tentera berhampiran bandar Voronezh, Rusia hari ini, lapor sebuah agensi berita.

Jurucakap Wilayah Ketenteraan Barat Rusia berkata, serangan yang berlaku pada waktu awal pagi itu mengakibatkan kecederaan parah kepada mangsa.

“Tiga orang anggota tentera mengalami kecederaan parah akibat daripada serangan tersebut.

“Pihak pentadbiran tentera bersama agensi penguat kuasa undang-undang sedang berusaha menjejaki dan menahan suspek,” katanya dalam satu kenyataan kepada agensi berita Interfax.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku selepas terjadi pertengkaran antara anggota tersebut dengan seorang pegawai tentera ketika satu pemeriksaan rutin dijalankan.

Sumber tersebut berkata, anggota berkenaan tiba-tiba merampas sepucuk pistol daripada pegawai terbabit sebelum melepaskan tembakan yang mengakibatkan tiga daripada rakannya terkorban.

Difahamkan, pihak berkuasa kem tentera tersebut sedang memujuk suspek yang mengurung diri dalam sebuah bangunan.

Sementara itu, kejadian tembakan di pangkalan tentera dikatakan bukan perkara luar biasa di Rusia.

Pada bulan Oktober tahun lalu, seorang tentera Rusia melepaskan tembakan terhadap sekumpulan askar di sebuah kem ketenteraan di Siberia yang mengorbankan lapan individu dan mencederakan dua yang lain dipercayai berpunca daripada perbuatan buli. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI