fbpx

SOP majlis nikah diumum esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri bakal mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan yang baharu esok.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini belum ada kepastian sama ada SOP itu membabitkan pernikahan di rumah atau di pejabat jabatan agama Islam.

“Pengumuman itu adalah berkenaan pernikahan dan bukannya majlis perkahwinan. Majlis sosial seperti perkahwinan, hari jadi dan sebagainya masih lagi tidak dibenarkan.

“Pernikahan masih dibenarkan di pejabat agama Islam namun tiada majlis perkahwinan sepanjang PKPB ini. Bagi penganut agama lain, mereka masih boleh mendaftarkan perkahwinan di pejabat pendaftaran perkahwinan,” katanya menerusi FB Live hari ini.

Beliau berkata, pengumuman mengenai SOP itu akan dilakukan mengikut kesesuaian negeri masing-masing memandangkan Sultan atau Raja adalah Ketua Agama Islam di negeri. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI