fbpx

SLWOT tawar pakej menarik pada Kempen Jualan 11 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sunway Lost World of Tambun, Ipoh menawarkan pelbagai pakej istimewa serendah RM11 kepada orang ramai bermula tengah malam esok.

IPOH – Taman tema Sunway Lost World Of Tambun (SLWOT) menawarkan pelbagai pakej istimewa kepada orang ramai pada harga serendah RM11 bermula tengah malam esok menerusi tempahan yang boleh dibuat secara atas talian.

Tawaran bersempena Kempen Jualan 11 November ini juga merupakan inisiatif pihak taman tema tersebut untuk merancakkan kembali sektor pelancongan apabila berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan pandemic Covid-19.

Pengurus Besar SLWOT, Nurul Nuzairi Mohd Azhari berkata, tawaran istimewa itu juga adalah kelangsungan daripada beberapa iniasitif sebelum ini bertujuan membolehkan orang ramai berlibur di taman tema berkenaan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Katanya, pratawaran akan dimulakan menerusi siaran terus menerusi laman Facebook SLWOT bermula pukul 11 malam esok di mana orang ramai boleh merebut peluang tawaran-tawaran tersebut pada masa yang terhad.

“Kita juga berbangga apabila menjadi pengendali hotel dan taman tema pertama yang menawarkan pakej istimewa ini secara terus pada paparan Facebook menerusi Kempen Jualan 11 November.

“Pakej-pakej yang ditawarkan ini juga boleh ditebus sehingga penghujung tahun hadapan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu kata Nurul Nuzairi, sepanjang penutupan semasa tempoh PKPB ini pihaknya tetap meneruskan kerja-kerja sanitasi dan penambahan Prosedur Operasi Standard (SOP) mengikuti panduan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

“Kami sangat serius dengan memperketatkan SOP yang sedia ada bagi mencegah penularan pendemik Covid-19.

“Selain itu, kami akan memastikan semua pengunjung dalam keadaan sihat, selamat dan sentiasa mematuhi SOP sepanjang berada di taman tema ini apabila dibuka semula kelak,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI