fbpx

Siti Elizad reda keguguran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI ELIZAD telah disahkan hamil pada minggu lepas.

PETALING JAYA – Pelakon Siti Elizad reda selepas mengalami keguguran kandungannya baru-baru ini.

Dalam satu perkongsian status Instagramnya, Siti Elizad Sharifuddin memberitahu bahawa dia telah disahkan hamil pada minggu lepas sebelum mengalami keguguran.

“Allah SWT bagi rasa nikmat menjadi ibu minggu lepas.

“Tapi Dia ambil balik. Terjentik sungguh ‘rasa’ itu,” katanya.

Menurut pelakon yang juga penyampai radio itu, dia telah disahkan hamil pada minggu lepas dan berasa sungguh gembira dengan perkhabaran tersebut kerana telah lama menanti untuk menimang cahaya mata.

“Masya-Allah dia punya happy (gembira) tak tau nak kata, sebab dah lama menanti, tapi kandungan tak kuat dan bleeding (berlaku pendarahan).

“Tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana. Terduduk seketika,” ujarnya.

Isteri kepada Shamsul Baharin Rahman itu bagaimanapun terus bersikap positif dan yakin apa yang berlaku ada hikmahnya.

“Tidak mengapa, Insya-Allah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up (saya tidak akan berputus asa). I will always be positive and will keep on praying (saya akan terus positif dan akan terus berdoa),” tegasnya.

Terdahulu, selebriti berusia 36 tahun itu dilaporkan telah menjalani proses rawatan kesuburan In-vitro fertilisation (IVF) pada 21 Oktober lalu untuk mendapatkan cahaya mata selepas lima tahun berkahwin pada 2015. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI