fbpx

RM5.8juta disalurkan untuk pelitup muka di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Sebanyak RM5.8juta diperuntukkan bagi pengagihan pelitup muka secara percuma di negeri ini bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita & Keluarga Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, pelitup muka itu diedarkan bagi keperluan murid dan pelajar sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

“Kita turut mengedarkan pelitup itu kepada semua penjawat awam di negeri ini bagi mencegah penularan Covid-19 di premis kerajaan selain memastikan kepatuhan prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr. Daroyah Alwi di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Daroyah ingin mengetahui peruntukkan disalurkan kerajaan negeri bagi membendung penularan Covid-19 di Selangor.

Siti Mariah menjelaskan, kerajaan negeri turut memberikan sumbangan kit pembasmi kuman kepada 854 taska berdaftar di negeri yang peruntukkan sebanyak RM690,000.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan program saringan komuniti Covid-19 turut dilakukan khususnya di kawasan zon merah dengan melibatkan dua fasa dengan peruntukkan sebanyak RM2.96 juta.

“Bagi fasa pertama, sebanyak 5,433 saringan telah dilakukan dengan kos RM1.6 juta manakala fasa kedua yang menelan belanja RM1.36 juta akan diteruskan sehingga tahun depan.

“Saringan fasa kedua akan mengkhususkan kepada golongan berisiko seperti rakyat Selangor yang pulang dari Sabah dan sebagainya,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI