fbpx

Port dadah tepi landasan KTM dimusnahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Halimey ( kanan) bersama Nazira (kiri) menujukkan isyarat bagus selepas memusnahkan sarang penagihan dadah berdekatan stesen komuter Seri Setia, semalam.

SHAH ALAM – Sarang penagihan di tepi landasan berhampiran stesen komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Seri Setia, Petaling Jaya berjaya dimusnahkan, semalam.

Dalam Operasi Pemusnahan Port pukul 3 petang itu bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan susulan lima penagih sempat melarikan diri memasuki belukar berhampiran.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor, Dr. Nazira Sadiron berkata, lokasi tersebut dipercayai telah menjadi para penagih melepaskan ketagihan sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, pihaknya turut menemui berapa peralatan menghisap dadah yang digunakan kumpulan penagih itu.

“Lokasi itu pernah dimusnahkan sebelum ini namun didapati dibina semula oleh para penagih.

“Kita tidak menolak kemungkinan kawasan tersebut menjadi tumpuan berikutan lokasinya yang sunyi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar.

Beliau menegaskan, pihaknya akan terus melakukan operasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membasmi gejala dadah di seluruh Selangor.

“Justeru itu, orang ramai diminta tampil menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui sarang penagihan dadah berhampiran tempat tinggal mereka,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI