fbpx

PKPD Kampung Sabah Baru bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu, Sabah mulai esok.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat atas nasihat serta penilaian risiko oleh Kemeterian Kesihatan (KKM) selepas 102 kes positif Covid-19 telah dikesan sehingga semalam.

“Sidang khas hari ini bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu berkuatkuasa 10 November 2020 sehingga 23 November 2020.

“PKPD ini akan melibatkan 701 buah rumah dan seramai 3,917 orang penduduk. Pelaksanaan PKPD ini bagi memudahkan KKM melaksanakan saringan bersasarsekali gus bagi menyekat penularan kepada komuniti setempat,” katanya menerusi sidang akhbar Facebook Live di ini hari ini. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI