fbpx

PKPD Felda Umas dan Flat Sungai Emas ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota tentera dan polis melakukan kawalan ketat di Temco Flat Sungai Emas dan perumahan teres di Jalan Emas 31 dan 32, Taman Sungai Emas, Kuala Langat. FOTO : ZULFADHLI ZAKI

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Felda Umas Kalabakan, Sabah serta Flat Sungai Emas, Jalan Emas 31 dan Jalan Emas 32, Kuala Langat ditamatkan mengikut jadual.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas ujian saringan yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kes positif Covid-19 di Felda Umas menurun dan terkawal.

“Berdasarkan keputusan itu, sidang khas bersetuju untuk menamatkan PKPD di Felda Umas, Kalabakan pada 9 November 2020 sebagaimana yang telah dijadualkan.

“Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Felda Umas, Kalabakan, Sabah bermula 13 Oktober 2020 sehingga 26 Oktober 2020 yang kemudian dilanjutkan sehingga 9 November 2020,” katanya menerusi sidang akhbar Facebook Live di sini tadi.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan, di atas nasihat KKM juga kerajaan juga bersetuju untuk menamatkan PKPD di Flat Sungai Emas, Jalan Emas 31 dan Jalan Emas 32, Kuala Langat pada hari esok seperti yang telah dijadualkan.

“Kerajaan sebelum ini melaksanakan PKPD di Flat Sungai Emas, Jalan Emas 31 dan Jalan Emas 32, Kuala Langat bermula 28 Oktober hingga 10 November.

“Sehingga kini tiada kes baharu dilaporkan di kawasan tersebut selepas sebanyak 1,024 ujian saringan dijalankan dan mendapati 992 penduduk negatif manakala, 32 lagi positif Covid-19 dan sudah menerima rawatan,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI