fbpx

Empat PKPD akan dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Empat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) membabitkan beberapa lokaliti di Sabah, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak, akan dilanjutkan selama 14 hari lagi.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelanjutan PKPD itu membabitkan Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah di Lahad Datu, Sabah, bermula esok hingga 23 November ini.

“Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah, Lahad Datu, Sabah bermula 13 Oktober sehingga 26 Oktober, yang kemudian dilanjutkan lagi sehingga 9 November.

“Sehingga kini, berdasarkan penilaian risiko yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), masih terdapat peningkatan kes positif Covid-19 di kedua-dua lokaliti ini,” katanya menerusi sidang akhbar Facebook Live di sini tadi.

Selain itu katanya, PKPD turut akan dilanjutkan di Plaza Hentian Kajang, Selangor (11 hingga 24 November); Putra Point, Nilai, Negeri Sembilan (11 hingga 24 November); dan Kampung Haji Baki, Kuching, Sarawak (11 hingga 24 November).

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, KKM masih menunggu keputusan saringan kedua Covid-19 yang telah dilaksanakan di Kampung Baki.

Menurutnya, sekiranya keputusan saringan kedua Covid-19 di kawasan itu diperolehi dan didapati tiada kes positif, PKPD di kawasan tersebut boleh ditamatkan lebih awal. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI