fbpx

Mehmet harap saingan dapat diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERAK menepati ramalan apabila mengesahkan slot suku akhir Piala Malaysia selepas menumbangkan Kelantan United 4-0 kelmarin. – FB PERAK TBG

Oleh AZIZAN HASHIM

KETUA jurulatih Perak, Mehmet Durakovic berharap saingan Piala Malaysia dapat diteruskan seperti yang dirancang selepas menyaksikan anak-anak buah­nya selesa mara ke pentas suku akhir apabila mudah menewaskan wakil Liga Premier, Kelantan United 4-0 kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, pemain import sensasi, Leandro telah meledak jaringan hatrik untuk membawa skuad The Bos Gaurus membuat perhitungan dengan kelab Terengganu FC I (TFC I) pada saingan yang di­jangka berlangsung minggu ini.

Bagaimanapun, Durakovic sedar pasukannya terpaksa akur pada perintah dan ketetapan oleh badan pengelola, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuat kuasa di seluruh semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang.

“Walaupun saya suka kejohanan diteruskan tetapi tiada kompromi mengenai keselamatan dan kesihatan terutama membabitkan nyawa manusia.

“Sebagai jurulatih. saya memang berharap kejohanan tertua di rantau ini diteruskan bagi menentukan siapa juara sekali gus kami juga berpeluang melayakkan diri beraksi dalam kejohanan Piala AFC.

“Bagaimanapun, memandang­kan keadaan sekarang, saya juga bimbangkan keselamatan semua yang terbabit,” kata pengendali import dari Australia itu selepas tamat perlawanan kelmarin.

Dalam perkembangan sama, Mehmet mengakui aksi menentang Kelantan United itu bukanlah mudah seperti di atas kertas sebaliknya barisan pemain perlu bekerja keras untuk mencatat kemenangan.

“Kelantan United nyata bukan calang-calang pasukan tetapi barisan pemain saya sudah berikan yang terbaik. Pujian juga wajar diberikan kepada Leandro yang menunjukkan penyudah cukup baik pada perlawanan ini,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI