fbpx

Krystal jaga mental, abaikan netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRYSTAL

ENGGAN mengambil pusing tentang komen negatif dalam media sosial adalah cara penyanyi dan pelakon Krystal menjaga perasaannya.

Hal ini kerana kata Krystal, demi memastikan kesihatan mentalnya tidak terjejas dek kata-kata atau perbuatan orang lain, dia mengambil langkah bijak dengan tidak mempedulikan perkara tersebut.

Akuinya, dia sangat jarang membaca komen dalam internet, namun meminta orang yang rapat dengannya berbuat demikian dan melaporkan apa yang ditulis netizen.

“Saya jenis yang tidak berasa puas dengan diri sendiri. Jadi, apabila berada dalam posisi mudah menjadi serangan (dunia selebriti), saya sentiasa bersedia.

“Demi kebaikan mental, saya tidak pernah peduli dengan tanggapan orang. Saya abaikan semua itu dengan bekerja keras,” katanya.

Penyanyi kumpulan f(x) itu pada masa sama turut mengakui, terbuka menerima tanggapan orang ramai yang melabelkannya sebagai ice princess kerana sering bersikap dingin.

“Sebenarnya saya jadi kaku bila dalam khalayak ramai mahupun depan kamera sejak kecil.

“Hal itu tidak boleh diubah sekelip mata dan saya belajar untuk memperbaiki diri,” jelasnya seperti memetik laporan Naver.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI