fbpx

Koeman pertahan keputusan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI yang dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua berjaya menjaringkan dua gol ketika Barcelona meraih mata penuh menundukkan Real Betis kelmarin. – AFP

BARCELONA – Ketua jurulatih Barcelona, Ronald Koeman mempertahankan keputusannya untuk tidak menyenaraikan kapten pasukan, Lionel Messi dalam ke­sebelasan utama ketika meraih kemenangan 5-2 ke atas Real Betis kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, Barcelona bergelut untuk menjaringkan gol selepas menyaksikan keputusan terikat 1-1 pada babak pertama sehingga me­nyaksikan Koeman terpaksa memasukkan Messi pada separuh masa kedua.

Pemain antarabangsa Argentina itu tidak menunggu lama untuk memberi impak apabila mencipta peluang gol buat rakan sepasukan, Antoine Griezmann sebelum meledak dua gol peribadi untuk memastikan The Catalan meraih tiga mata penuh.

Kata Koeman, Messi sememangnya tidak cergas untuk di­letakkan dalam kesebelasan utama dan keputusan itu tiada kena mengena dengan pertelingkahan dalaman mahupun pertukaran taktikal.

“Saya sudah bercakap dengan Messi sebelum perlawanan bahawa dia tidak diletakkan dalam kesebelasan utama atas nasihat pegawai perubatan pasukan memandangkan dia mengalami kecederaan pada aksi Liga Juara-Juara Eropah yang lepas.

“Cuma, saya tidak boleh mengambil risiko untuk tidak menyenaraikannya langsung kerana impak yang Messi berikan walaupun sebagai pemain gantian sangat penting dan ia terbukti pada perlawanan ini.

“Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan oleh barisan pemain sepanjang perlawanan untuk memastikan pasukan kembali berada di landasan kemenangan pada kancah La Liga musim ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN