fbpx

Kes sembuh lebih tinggi, lapan kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 972 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di seluruh negara sebanyak 41,181 kes.

Pada masa sama, kes sembuh yang direkodkan hari ini lebih tinggi dari kes baharu dengan 1,345 kes dicatat sekali gus jumlah kes pulih di seluruh negara sebanyak 29,579 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu hari ini, lima kes adalah kes import melibatkan dua warga Malaysia dan tiga warga asing tiba dari Filipina, Singapura dan Nepal.

“Selain itu, terdapat lapan kes kematian hari ini dilaporkan di Sabah dan Labuan menjadikan jumlah terkini kes kematian sebanyak 294 kes.

“Sebanyak enam kluster baharu turut dilaporkan pada hari ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 86 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 31 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI