fbpx

Jalani pembedahan bahu, Suga BTS kini direhatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUGA

BERITA sedih buat peminat apabila penyanyi Suga dilaporkan terpaksa berehat daripada sebarang aktiviti promosi bersama kumpulan BTS selepas menjalani pembedahan pada bahagian bahu.

Big Hit Entertainment pada 6 November lalu mendedahkan, Suga mengambil keputusan menjalani pembedahan itu demi persediaan untuk latihan ketenteraan serta kariernya pada masa depan.

Keadaan itu sekali gus membuatkan aktiviti promosi album baharu BTS berjudul BE yang akan diluncurkan tidak lama lagi dilakukan tanpa kehadiran Suga.

Suga yang selesai menjalani pembedahan itu pada 3 November lalu turut memaklumkan kepada peminat bahawa kesihatan dirinya berada dalam keadaan baik.

“Selama ini, saya bertahan dengan mengambil suntikan ubat dan rawatan tetapi lama-kelamaan keadaan jadi makin teruk. Selepas dinasihatkan, saya bersetuju buat pembedahan.

“Saya minta maaf kepada rakan-rakan dan ARMY kerana terpaksa berehat tetapi saya janji, tidak akan lama. Saya akan kembali tidak lama lagi,” katanya.

Masalah sakit bahu Suga dialami selepas dia terlibat dalam satu kejadian kemalangan pada 2012 sebelum memulakan debut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI