PENGACARA Jung Hyung-don dilaporkan akan mengambil masa untuk berehat daripada kerjaya buat seketika dan memberi fokus kepada kesihatannya.
Hal ini kerana, menurut agensinya, FNC Entertainment, pengacara itu berdepan dengan simptom serangan kebimbangan yang semakin teruk.
Laporan Naver menyatakan, keadaan itu memaksa mereka memberi ruang kepada Hyung-don untuk berehat dan menerima rawatan bagi memastikan tahap kesihatannya pulih.
“Simptom kebimbangan yang dialaminya sejak sekian lama menjadi semakin teruk. Meskipun dia berkeras untuk bekerja, tetapi kesihatan artis kami adalah paling utama.
“Selepas berbincang, dia bersetuju untuk berehat. Semoga semua peminat memberi sokongan kepadanya supaya cepat sembuh,” kata agensi itu.
Ini bukan kali pertama pengacara program Carefree Kickers itu ‘hilang’ seketika kerana pada November 2015 dia pernah mengambil masa untuk berehat kerana masalah sama.