fbpx

SPM, STPM dipinda ke tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi

PETALING JAYA- Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) dipinda sehingga 22 Februari dan 9 Mac 2021.

Menteri Pendidikan, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, penangguhan turut membabitkan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang turut diadakan pada 22 Februari 2021.

“Bagi membantu calon-calon peperiksaan awam tahun 2020 membuat persediaan secukupnya sebelum menduduki peperiksaan, Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan bahawa mereka akan menyambung persekolahan secara bersemuka di sekolah masing-masing mulai 20 Januari 2021.

“KPM berharap ruang yang ada ini akan dapat memberi manfaat kepada calon yang terkesan dengan penutupan sekolah,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, KPM akan menjadualkan semula peperiksaan percubaan SPM, kerja kursus dan pentaksiran yang telah dijadualkan sehingga Disember ini ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI