fbpx

PPE di setiap kenderaan penyelamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hilman (tiga dari kanan) memantau pemeriksaan peralatan penyelamat yang dilakukan anggota bomba di Jeti Lama Losong di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu akan menyediakan peralatan perlindungan diri (PPE) dalam setiap kenderaan penyelamat ketika operasi menyelamat mangsa banjir yang dijangka melanda negeri ini tidak lama lagi.

Pengarah JBPM Terengganj, Md. Hilman Abd Rashid berkata, penyediaan PPE pada setiap kenderaan penyelamat tersebut merupakan tindakan proaktif mengelak mengelak penularan pandemik Covid-19.

“Kita sediakan lebih awal PPE ini dalam setiap kenderaan penyelamat kerana khuatir terdapat mangsa banjir yang mempunyai gejala (Covid-19).

“Jika terdapat kes seperti ini, anggota bertugas akan memakai PPE dalam operasi menyelamat itu dan mangsa berkenaan akan terus diasingkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika program Pengujian Peralatan dan Bot bagi Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut di Jeti Feri Lama Losong di sini hari ini.

Dalam pada itu, Md. Hilman berkata, semua peralatan JPBM Terengganu yang diuji berada dalam keadaan baik dan sedia digunakan untuk musim tengkujuh ini.

“Buat masa ini kita mempunyai 79 jentera penyelamat pelbagai jenis seperti bot dan lori tangki air.

“Seramai 835 anggota dan pegawai JBPM negeri terlibat dalam operasi musim tengkujuh tahun ini. Selain itu, kami turut mendapat bantuan daripada 25 anggota dan pegawai Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI