fbpx

PKPB: Lima sekatan jalan raya di daerah Timur Laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Sebanyak lima sekatan jalan raya (SJR) akan dilaksanakan di daerah Timur Laut negeri ini sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa tengah malam ini sehingga 6 Disember.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, sekatan jalan raya dilaksanakan bagi mengawal pergerakkan orang ramai dalam usaha menyekat penularan pandemik Covid-19 di negari ini.

Menurutnya, lokasi SJR membabitkan laluan susur masuk Jambatan Pulau Pinang di hadapan Kompleks Sukan Batu Uban dan Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu.

“Tiga lagi sekatan jalan raya akan diadakan di Jalan Paya Terubong (hadapan Petronas), Jalan Batu Feringghi (hadapan Hotel Rasa Sayang) dan Jalan Pengkalan Weld (hadapan Terminal Feri).

“Operasi SJR dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) melibatkan jumlah keanggotaan seramai 420 anggota termasuk empat pegawai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Semalam, kerajaan mengumumkan perlaksanaan PKPB di seluruh negeri di Semenanjung selama empat minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember ini.

Hanya tiga negeri tidak terlibat dengan PKPB berkenaan iaitu Perlis, Pahang dan Kelantan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI