fbpx

PKPB beri kesan besar pada ekonomi negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKSANAAN PKPB menyebabkan orang ramai mengehadkan perbelanjaan yang akan memberi kesan kepada ekonomi. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh ne­geri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan akan memberi kesan kepada ekonomi negara yang kini dalam proses pemulihan.

Pelaksanaan itu membabitkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu bermula 9 November hingga 6 Disember ini.

PKPB itu juga turut meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya, Sela­ngor dan Sabah yang sepatutnya berakhir 9 November ini.

Lebih 26 juta penduduk terlibat dalam pelaksanaan PKPB itu.

Pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, pelaksanaan PKPB memberi sedikit penekanan terhadap ekonomi berbanding pelaksa­naan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

Katanya, walaupun sektor ekonomi masih berjalan dalam PKPB namun rakyat akan mengehadkan perbelanjaan berban­ding sebelum ini.

“Kita boleh lihat sendiri apabila restoran kosong tanpa pe­langgan.

“Selain itu, masih ramai lagi rakyat belum mahir dan selesa dengan pembelian online akan memberi kesan kepada ekonomi negara yang kini dalam proses pemulihan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Menurutnya, kerajaan perlu peka dalam isu ini bagi menge­lakkan berlakunya faktor ‘Teluk W’ di mana ekonomi negara yang kini dalam lonjakkan tiba-tiba menurun atas prospek sebegini.

Anggota polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan Sekatan Jalan Raya (SJR) yang diadakan di Pintu 2A, Persiaran Utara, Putrajaya ekoran pelaksanaan PKPB.

Sementara itu, Pakar Psikote­rapi dan Kaunseling Pusat Kaunseling ACCESS, Dr. Meriam Omar Din berkata, rakyat perlu ber­sikap terbuka dan menghormati keputusan kerajaan melaksankan PKPB bagi memastikan rangkaian Covid-19 diputuskan.

Katanya, masyarakat setempat perlu memainkan peranan dalam memastikan tiada individu terkesan dari segi tiada sumber makanan ketika pelaksanaan PKPB itu.

“Kerajaan mengetahui pelaksanaan PKPB akan memberi kesan kepada ekonomi tetapi dite­ruskan atas faktor ke­selamatan dan nyawa rakyat.

“Rakyat tidak boleh melen­ting susulan sikap sesetengah individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan antara punca rangkaian Co­vid-19 masih menunjukkan pe­ningkatan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI