fbpx

Pengawal keselamatan ditahan disyaki cabul cucu tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

DUNGUN – Seorang pegawal keselamatan ditahan selepas disyaki mencabul cucu tirinya berusia lapan tahun pada bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, suspek yang berusia 56 tahun ditahan di rumahnya kelmarin selepas menerima aduan daripada ibu mangsa.

Beliau berkata, mangsa yang merupakan murid tahun dua mendakwa perbuatan cabul itu dilakukan suspek di dalan sebuah wakaf taman permainan di daerah ini.

“Kejadian itu didakwa berlaku pada pertengahan bulan lalu tetapi hanya diadukan kepada ibu mangsa pada Rabu lalu.

“Pemeriksaan perubatan di Hospital Kemaman menjumpai kesan merah dan kemasukan objek dipercayai jari pada alat sulit mangsa,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, sebelum kejadian yang berlaku pada pukul 3.30 petang itu berlaku, mangsa dan adik-beradiknya sedang bermain di taman permainan berkenaan.

Beliau berkata, suspek yang juga datuk tirinya telah memanggilnya bersendirian ke wakaf terbabit sebelum mencabulnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI