fbpx

Pelumba Yamaha tahu – Marquez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAMAHA dipotong 50 mata kerana didapati menggunakan enjin yang tidak sah ketika perlumbaan di Jerez Julai lalu. – AFP

VALENCIA – Pelumba pasukan Repsol Honda, Alex Marquez percaya pelumba-pelumba yang menggunakan jentera Yamaha tahu pasukan itu melanggar peraturan pada Grand Prix (GP) Sepanyol Julai lalu.

Khamis lalu, Yamaha ditolak 50 mata dalam kategori pengeluar selepas Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) mendapati mereka menggunakan enjin yang tidak sah pada perlumbaan di Litar Jerez itu.

Bagaimanapun, penolakan mata itu tidak melibatkan tiga pelumba mereka yang bersaing dalam kejuaraan dunia musim ini iaitu Fabio Quartararo, Franco Morbidelli dan Maverick Vinales.

“Apa yang pasti mereka sudah menipu dan melanggar peraturan perlumbaan. Yamaha gagal untuk mematuhi peraturan dan layak untuk ditolak mata.

“Pelumba-pelumba Yamaha berkata mereka tidak tahu pa­sukan menggunakan enjin yang tidak dibenarkan. Bagaimana seorang pelumba tidak tahu me­ngenai keadaan jentera mereka?,” soal Marquez.

Tambahnya, sebelum bermula sesuatu sesi perlumbaan, setiap pelumba akan diberikan maklumat mengenai jentera masing-masing, sekali gus menimbulkan persoalan selepas pelumba-pelumba Yamaha menafikan perkara itu.

“Anda perlu tahu mengenai keadaan jentera. Sebagai contoh, anda sentiasa melihat sendiri ketika enjin dipasang dan disimpan, jadi mereka sebenarnya anda tahu mengenai perkara ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI