WASHINGTON – Anderson Cooper memohon maaf kerana memanggil Donald Trump sebagai ‘seekor kura-kura obes’, demikian menurut portal berita NY Post.
Pada malam Khamis lalu, selepas Trump menyampaikan satu ucapan yang mendakwa tanpa bukti bahawa satu penipuan pilihan raya adalah punca menyebabkan beliau ketinggalan dalam undi elektoral, Cooper bertindak menghina presiden itu semasa satu siaran langsung CNN.
“Ini ialah Presiden Amerika Syarikat. Individu paling berkuasa di dunia. Dan kami melihat beliau seperti seekor kura-kura obes dalam keadaan terbalik dan terkapai-kapai di bawah matahari panas, menyedari masanya sudah tamat,” katanya.
Cooper: That is the President of the United States. That is the most powerful person in the world and we see him like an obese turtle on his back flailing in the hot sun… pic.twitter.com/0s9x0OqjjH
— Acyn Torabi (@Acyn) November 6, 2020
Ramai menyifatkan komen itu sebagai tidak wajar.
Semalam, selepas Joe Biden telah diisytihar sebagai pemenang saingan jawatan presiden AS, Cooper berumur 53 tahun mengemukakan permohonan maaf berhubung kenyataannya itu ketika menemu bual bekas calon presiden Andrew Yang.
Cooper bertanya kepada Yang mengenai situasi jika Trump enggan menyerah kalah kepada Biden.
“Saya gembira untuk menyatakan bahawa nampaknya Trump akan menjadi seperti apa kamu katakan dengan kenyataan sendiri, seekor kura-kura obes yang terkapai-kapai, Anderson,” jawab Yang.
“Saya harus katakan, saya menyesal menggunakan perkataan seperti itu kerana itu bukan seseorang yang saya ingin jadi (dilihat),” kata Cooper sebagai kenyataan memohon maaf.
“Ia berlaku pada momen itu dan saya menyesali.” – Agensi