fbpx

Melaka tangguh ceramah, tidak benarkan jamuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semua ceramah berskala besar ditangguhkan di Melaka sepanjang tempoh PKPB sehingga 6 Disember depan.

MELAKA – Semua ceramah yang berskala besar termasuk bagi sambutan Maulidur Rasul dan jemputan rentas negeri ditangguhkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 6 Disember depan.

Pengumuman itu dibuat Jabatan Mufti Melaka dalam satu surat pekeliling yang dikeluarkan hari ini.

Dalam kenyataan itu, Mufti kerajaan negeri, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, solat Jumaat dan fardu bagaimanapun dibenarkan untuk dilaksanakan di semua masjid serta surau khas.

“Semua ceramah berskala besar dan jemputan rentas negeri ditangguhkan sepanjang tempoh PKPB, namun solat Jumaat serta Fardu dibenarkan.

“Jumlah kehadiran jemaah perlu mengikut kapasiti saiz masjid serta penjarakan sosial dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada,” katanya.

Katanya, kelas pengajian takmir, bacaan Yasin antara waktu Maghrib dan Isya, kuliah subuh serta kelas ilmu berskala kecil sedia ada juga dibenarkan untuk dilaksanakan di semua masjid atau surau negeri Melaka.

Jelasnya, namun jamuan makan selepas kelas pengajian takmir dan bacaan Yasin adalah tidak dibenarkan dalam tempoh PKPB.

“Disyorkan makanan itu diagihkan secara bungkusan untuk dibawa balik.

“Bagi urusan perkahwinan di masjid dan surau adalah tertakluk kepada bidang kuasa Jabatan Agama Islam Melaka dan Pendaftaran Perkahwinan Daerah,” tambahnya.

Beliau turut mengingatkan agar SOP keselamatan dan kesihatan dipatuhi oleh semua pihak pengurusan masjid serta surau. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI