fbpx

Maritim Malaysia Kelantan siap sedia hadapi musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan yang akan digunakan semasa musim tengkujuh di negeri ini.

PASIR PUTEH – Dua buah kapal dan empat bot ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan akan digunakan sepenuhnya dalam menghadapi musim tengkujuh tahun ini.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Muhd. Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, semua aset sudah diselenggara dengan baik dan siap sedia untuk menghadapi musim laut bergelora dan banjir sepanjang November hingga Mac tahun depan.

Menurutnya, rondaan mengawal perairan negeri tetap diteruskan meskipun musim laut bergelora untuk mengawal perairan Kelantan dari sebarang pencerobohan nelayan asing dan kes penyeludupan di luar jangkaan.

“Semua anggota sudah dimaklumkan untuk bersiap sedia menghadapi rutin cuaca setiap hujung tahun.

” Bukan setakat memikul amanah penguatkuasaan maritim, kita juga bersedia untuk menghantar anggota membantu memindahkan mangsa banjir selain bersedia untuk operasi menyelamat di laut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Bot Lucut Hak kepada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Tok Bali, di sini, hari ini.

Muhd. Nur Syam Asmawie berkata, orang ramai juga dinasihatkan tidak bersantai di pantai sepanjang musim tengkujuh yakni ketika paras ombak yang tinggi.

“Dilarang sama sekali untuk mandi laut dalam keadaan cuaca yang tidak selamat. Kita perlu mematuhi tanda amaran termasuk bendera merah yang akan dipasang oleh pihak berkuasa,.

“Nelayan juga wajib mengikuti perkembangan cuaca semasa sebelum mengambil tindakan menggadai nyawa untuk sesuap rezeki di tengah laut,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI