fbpx

Laluan keluar masuk ke SABK Maahad Al-Yahyawiah ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PADANG RENGAS – Polis menutup semua laluan keluar masuk termasuk laluan tikus ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Yahyawiah di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, penutupan telah pun dilakukan pihaknya sejak Khamis lalu selepas dimaklumkan terdapat dua pelajar sekolah berkenaan disahkan positif dijangkiti Covid-19.

Katanya, dua sekatan jalan raya (SJR) di adakan di laluan utama masuk ke sekolah berkenaan dengan kekuatan enam anggota polis dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

“Kesemua laluan keluar dan masuk ke sekolah berasrama ini telah ditutup selepas pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan dua pelajar sekolah itu positif Covid-19, Rabu lalu.

“Tiada pergerakan ke kawasan ini tanpa kebenaran pihak KKM malah penduduk kampung yang menghuni kediaman di kawasan sekolah juga tidak dibenarkan keluar,” katanya ketika ditemui semasa meninjau SJR di kawasan sekolah tersebut hari ini.

Menurut beliau, kesemua 90 pelajar dan 12 guru yang dikuarantin di dalam sekolah berkenaan berada dalam keadaan terkawal dan kesemua barangan keperluan termasuk bekalan makanan juga adalah mencukupi.

Katanya, perbincangan turut diadakan bersama beberapa pihak termasuk pegawai daerah bagi pelarasan bantuan seperti pelitup muka dan cecair pembasmi kuman.

“Setakat semalam, seramai 44 warga sekolah itu disahkan dijangkiti dan kebanyakkannya melibatkan pelajar. Proses sanitasi telah dilakukan di sekolah itu sebanyak dua kali.

“Pergerakan penduduk kampung juga seperti biasa kerana kawasan penempatan di sini tidak melibatkan kampung-kampung yang besar,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, empat SJR dijalan di beberapa laluan di bawah pentadbiran polis Kuala Kangsar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa bermula esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI