AMPANG JAYA – Dua maut selepas helikopter yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lagi helikopter dalam satu kejadian di Tan Malawati di sini hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.46 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2020/11/WhatsApp-Image-2020-11-08-at-2.25.25-PM.jpeg)
“Dua buah jentera bersama 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan serta Ampang telah dikejarkan ke lokasi bagi melakukan kerja-kerja menyelamat.
“Kejadian melibatkan dua buah helikopter yang bertembung di udara dan terhempas,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut Norazam, terdapat empat mangsa yang terlibat iaitu seorang wanita dan tiga lelaki.
“Pasukan perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan dua lelaki telah meninggal dunia dan mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur,” jelas beliau. – K! ONLINE