WILMINGTON – Senator Kamala Harris yang ‘dipilih’ menjadi Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) baharu menyifatkan kemenangan itu sebagai satu permulaan untuk kaum wanita.
Kamala bakal menjawat jawatan pemimpin tertinggi oleh seorang wanita dalam sejarah pentadbiran AS.
“Pada ketika saya mungkin menjadi wanita pertama (Naib Presiden AS) di pejabat ini, saya bukannya yang terakhir,” katanya semasa berucap di hadapan sekumpulan penyokong di Delaware.
“Semua kanak-kanak perempuan yang sedang menonton malam ini (kelmarin) dapat melihat ini sebuah negara dengan ada peluang,” jelasnya. -AFP