fbpx

Joan Mir hampiri gelaran juara dunia MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIR muncul juara buat kali pertama musim ini di GP Europa dan semakin hampir untuk ditabal selaku juara dunia. - AFP

VALENCIA – Impian pelumba Suzuki, Joan Mir untuk melakar kemenangan pertama di kelas Premier akhirnya terlaksana selepas melakukan kejutan dengan muncul juara di Grand Prix (GP) Eropah sebentar tadi.

Pelumba kelahiran Sepanyol itu yang memulakan perlumbaan di petak kelima tidak berdepan sebarang masalah untuk muncul juara selepas tenang memintas pelumba pasukan KTM, Pol Espargaro seterusnya mengemudi saingan itu di Litar Ricardo Tormo.

Lebih manis, Suzuki melakar kejutan apabila meraih kemenangan 1-2 apabila rakan sepasukan Mir, Alex Rins menamatkan saingan di tempat kedua dan Espargaro terpaksa berpuas hati tempat ketiga.

Berbaki dua pusingan sahaja lagi, Mir kini semakin hampir untuk menjulang mahkota kemenangan gelaran dunia pertamanya di MotoGP selepas selesa dengan 162 mata dan meninggalkan Quartararo dengan 37 mata di kedudukan kedua.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan dan pasukan bekerja keras sepanjang minggu ini akhirnya kami berjaya menaiki podium di sini,” katanya sejurus tamat perlumbaan.

Sementara itu, Prinsipal Suzuki, Davide Brivio mengakui ia merupakan kemenangan yang dinantikan pasukannya melihat selepas melihat kedua-dua pelumbanya melakukan kejutan di Valencia.

“Sungguh mendebarkan dan semua kru menantikan kemenangan ini. Tahniah kepada semua yang terlibat terutama kepada kedua-dua pelumba yang bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang sempurna seperti hari ini,” kata Brivio.

 

Kedudukan 

Joan Mir – 162 mata  

Fabio Quartararo –  125 mata 

Alex Rins125 mata

Maverick Vinales –  121 mata

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI