fbpx

Nahas Helikopter: CAAM siasat punca nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Farouk

AMPANG JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu laporan daripada pihak Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi melengkapkan siasatan berhubung kejadian pertembungan dua buah helikopter di Taman Malawati di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi.

Dua individu terselamat manakala dua lagi maut selepas helikopter dinaiki mereka bertembung sesama sendiri sebelum terhempas di Taman Melawati, Ulu Klang hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO

“Kejadian melibatkan dua buah helikopter milik syarikat My Heli Club yang sedang dalam perjalanan dari Subang menghala ke Genting Sempah.

“Kedua-dua helikopter berkenaan dipercayai bertembung di udara mengakibatkan juruterbang, Leftenan Kolenel (B), Mohd. Sabri Baharom, 56, dan juruterbang pelatih, Mohd. Irfan Mohd. Rawi, 41, maut akibat kecederaan parah,” katanya ketuka ditemui di sini hari ini.

Helikopter yang mengorbankan dua orang di Taman Melawati hari ini, Foto oleh FARIZ RUSADIO

Susulan pertembungan tersebut, sebuah lagi helikopter yang turut mengalami kerosakan bagaimanapun sempat mendarat di padang Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Taman Melawati.

Jelas Mohamad Farouk, dua lagi individu yang menaiki sebuah lagi helikopter iaitu juruterbang, Datuk Ahmad Johari Yahya dan penumpang, Tan Chan Eien hanya mengalami cedera ringan.

“Siasatan bagi mengenalpati punca kejadian kini sedang dilakukan oleh pihak DCA dan pihak polis mengklasifikasikan kematian sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI