WASHINGTON- Cucu bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkongsi sekeping gambar mereka sekeluarga berpelukan pada petang Sabtu (waktu tempatan) selepas berita kemenangan calon Parti Demokrat itu diumumkan, menurut satu laporan.
Gambar itu dimuat naik di akaun Twitter Naomi Biden dengan kapsyen ringkas, ‘11.07.20.’
Naomi turut mengulang kicau status neneknya, Jill Biden yang menulis tentang kemenangan suaminya dalam pilihan raya Presiden AS.
“Dia akan menjadi Presiden kepada semua keluarga,” kata Jill. – Agensi